Thursday, May 7, 2020

Belia Penggerak Wawasan



Wednesday, May 26, 2010

Persatuan Kompang Kg. Giching


Persatuan Kompang Kg. Giching telah ditubuhkan sekian lama oleh belia-belia yang komited dgn persatuan ini. Di pengerusikan oleh Sharizan a.k.a Ican dan mempunyai ahli yang melebihi dari 30 orang ahli.

Persatuan Kompang Kg. Giching ini sering diundang untuk majlis-majlis penting seperti kenduri kahwin, keramaian, majlis rasmi dan sebagainya.

Untuk tempahan anda bolehlah memaklumkan didalam blog ini.

Friday, April 16, 2010

MESYUARAT PENSTRUKTURAN SEMULA BELIA



Tarikh Mesyuarat : MAC 2010
Tempat : Rumah En. Ramli
Masa : Lepas Isyak (Lupe aku pukul brape mase tu)

Intipati Mesyuarat :
• Membincangkan penstrukturan semula belia yang makin layu dimamah usia.
• Melantik beberapa lagi jawatan untuk kelab kompang yang tiada energy pada masa kini.
• Memberi kata2 semangat & peransang untuk menaikkan martabat belia dimata dunia.
• Menggalakkan belia menceburi bidang perniagaan & meningkatkan kemahiran IT supaya tidak ketinggalah zaman.

P/s : Segulung ucapan terima kasih kepada kehadiran para belia dan tuan rumah untuk mesyuarat ini.

Tuesday, May 26, 2009

SINAR Page 22 Membuktikan Belia Geching Terbayekkk

Saturday, May 23, 2009

Ucapan Tahniah Kepada TUAN HJ. SUHAIMI B MOHD GAZALI


Ucapan sekalung tahniah kepada TUAN HJ. SUHAIMI BIN MOHD GAZALI di atas perlantikan beliau sebagai KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR.

Ikhlas dari Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. Giching dan juga daripada BELIA JATI KG. GICHING.

Moga segala berkat usaha bersama dapat melahirkan semangat 1 MALAYSIA dikalangan semua.

Friday, May 22, 2009

Sekalung Tahniah Juga Kepada NOOR AZLISHAM BIN MOHD RAMLI


Kami Warga BELIA JATI KG. GICHING dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi tahniah kepada NOOR AZLISHAM BIN MOHD RAMLI di atas perlantikan beliau sebagai Naib Pengerusi 1 Gerakan Belia 4B Selangor.

Semoga terus maju jaya dan menjadi penggerak kepada BELIA JATI KG. GICHING.

Monday, May 18, 2009

PROGRAM GOTONG ROYONG KG. GICHING


Mari Kita Berganding Bahu Wahai Para Belia....~~~


Kehadapan semua para-para belia. Satu program gotong-royong akan di adakan pada 23 MEI 2009, pada hari SABTU pada pukul 8.30 pagi. Semua akan berkumpul di Masjid Al-Makmur. Pada belia yang mempunyai baju rasmi sila pakai untuk program bergambar bersama JKKKP.


Selain dari itu, saya memohon pada belia yang ingin bekerjasama dalam memeriahkan blog ini sila contact saya atau amri. Kalau xde kredit pon tgglkan no hp anda. En. Amri yang pulus lebat akan menghubungi anda..ahhah...